7 𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗟O𝗛
𝟳 𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗟O𝗛
Daripada Abu Sa’id RA, Rasulullah SAW bersabda:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ فَاجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ
“Tujuh (golongan) yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya;
1️⃣ pemimpin adil,
2️⃣ pemuda yang membesar dalam beribadah kepada Allah,
3️⃣ orang yang hatinya terikat dengan masjid bila ia keluar meninggalkannya hingga ia kembali lagi,
4️⃣ dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul kerana itu dan berpisah kerana itu,
5️⃣ orang yang mengingat Allah saat menyendiri lalu kedua matanya berlinang,
6️⃣ lelaki yang diajak oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan (melakukan kejahatan) lalu ia berkata: Aku takut Allah,
7️⃣ seseorang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.”
(Sunan Tirmidzi No: 2313)